Belum Muktamad, Penggunaan Kamera Badan Masih Dikaji

LocalPolitics
6 Jan 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menggunakan kamera badan!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, langkah itu diambil bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan selain dapat melindungi anggota JPJ.

"Seperti yang saya katakan, kadangkala anggota-anggota (JPJ) kita juga dicemuh, dihina, dituduh macam-macam. Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguasakan undang-undang dapat dirakam," katanya.

image is not available

Loke berkata, beliau sudah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan berunding dan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan perolehan kamera badan itu.

"(Rundingan dibuat) supaya dapat peruntukan segera untuk kita peroleh kamera badan ini dan saya harap anggota-anggota JPJ akan dilengkapi dengan kamera berkenaan pada tahun ini juga," katanya.