Belum Sempat Sampai Mahkamah, Suspek Culik & Bunuh Budak Mati Dibakar Hidup-Hidup Penduduk Tempatan

28 Aug 2022 • 8:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Belum Sempat Sampai Mahkamah, Suspek Culik & Bunuh Budak Mati Dibakar Hidup-Hidup Penduduk Tempatan

GUATEMALA – Sekumpulan perusuh dilaporkan nekad membakar tiga suspek yang didakwa menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, lapor Mirror.

Polis di Guatemala dilaporkan telah pun menahan ketiga-tiga suspek selepas penduduk tempatan berjaya mengesan dan menyerahkan mereka.

Kesemua suspek dipercayai telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun semasa mangsa berjalan ke sekolah pada 11 Ogos lalu.

Kemudian suspek didakwa menghantar gambar kanak-kanak tersebut bersama seorang suspek sambil memegang senapang patah kepada keluarganya dan menuntut bayaran wang tebusan sebanyak £10,900 (RM57,215.02) untuk dibebaskan.

image is not available
Gambar : Mirror UK

Menurut laporan, ibu bapa mangsa berjaya mengumpul dan menghantar separuh daripada jumlah itu, namun menurut penculik wang tersebut masih lagi tidak mencukupi.

Seterusnya, mereka didakwa membunuh mangsa dan membuang mayatnya ke dalam tangki septik sedalam 10 kaki, di mana mayatnya kemudian ditemui.

image is not available
Gambar : Mirror UK

Kejadian itu menimbulkan kekecohan dan mendorong penduduk tempatan untuk mengenal pasti dan menangkap suspek.

Penduduk tempatan menyerahkan ketiga-tiga suspek kepada polis, namun semasa mereka dibawa ke mahkamah terdapat sekumpulan perusuh yang dianggarkan kira-kira 6,000 orang bertindak memukul sebelum menuang petrol dan membakar suspek hidup-hidup.

image is not available
Gambar : Mirror UK

Polis difahamkan tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kesemua suspek pada ketika itu dan dilaporkan mayat mereka tidak dapat dikenal pasti.

Menurut laporan, polis masih belum dapat menangkap mana-mana kumpulan perusuh yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Difahamkan Guatemala mempunyai kadar pembunuhan 16.6 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021 dan kejadian hampir sama pernah terjadi pada bulan Mei tahun ini.

Sumber : Mirror UK