Belum Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi, Shu Kongsi Ciri Bakal Suami Diidamkan – “Yang Pasti Bukan Kaki Pukul, Kaki Tipu, Kaki Perempuan”

17 Apr 2024 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nurul Shuhada, bekas isteri aktor Hafidz Roshdi akui hatinya masih belum terbuka untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya musnah akibat orang ketiga.

image is not available 2 weeks ago

"Ini Kes Awak, Awak Yang Failkan Takkan Tak Tahu.." - Shuhada Terima Jika Hafidz Roshdi Dikenakan Waran Tangkap

 

Belum bersedia untuk kahwin lagi

Ujar Shuhada yang mesra dengan panggilan Shu, dua anaknya kini menjadi keutamaannya memandangkan mereka sedang dalam fasa hendak membesar.

Untuk berkahwin sekarang ini bukan saya punya keutamaan. Sebab keutamaan saya adalah pada anak-anak. Buat masa sekarang belum bersedia lagi.

image is not available

Bagaimanapun, Shu tidak menolak sekiranya sudah ditakdirkan bertemu jodoh dalam masa terdekat dan mengharapkan individu terbabit boleh memimpinnya ke syurga.

 

Mahu lelaki taat pada agama

Ketika disoal tentang kriteria bakal suami yang diidamkan, wanita berusia 30 tahun itu berkata dia mahukan lelaki yang cinta pada agama dan patuh dengan perintahNya.

Tambahnya, dia sendiri mahu memperbaiki diri ke arah lebih baik jadi sudah tentulah dia mengharapkan jodoh yang takut pada Allah dan sayang pada anak-anaknya.

Kalau dia takut dengan Allah dia tidak akan buat perkara-perkara yang tidak baik. Yang pasti dia tahu fasal agama dan praktik ajaran Islam. Saya tidak mahu jodoh yang munafik. Yang pasti juga dia bukan kaki pukul, kaki tipu dan kaki perempuan. Tidak mahu lelaki yang begitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)