'Belum terima surat Mohamaddin keluar bersatu'

Politics
28 Jun 2022 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau belum menerima surat daripada Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung pengumumannya untuk keluar parti itu.

"Saya belum menerima apa-apa surat dari dia (Mohamaddin).

Dia baru cakap...maklumlah kadang-kadang orang ada perasaan macam-macam," katanya ketika mengulas pengumuman Mohamaddin pada Selasa bahawa beliau keluar daripada Bersatu yang disertainya selepas meninggalkan Parti Warisan tahun lepas.

Mohamaddin berkata, beliau bertindak demikian atas sebab tidak diberi peranan serta kepercayaan untuk mengukuhkan parti tersebut terutama di peringkat akar umbi di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, setelah lebih enam bulan bersama Bersatu.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada media selepas majlis apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 (JKPS) yang ditubuhkan pada 25 Jun tahun lalu untuk menggerakkan Op Patuh bagi menguatkuasakan PKP.

Pada 30 Oktober tahun lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan sebelum menyertai Bersatu pada 26 November tahun lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved