Belum tiba masanya PAS dedah calon PM! Syahir dakwa PH pula ketandusan pemimpin

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 6:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS belum melihat keperluan untuk mengumumkan calon Perdana Menteri ketika ini, namun perkara tersebut tidak bermakna parti itu kekurangan pemimpin yang layak menggalas tanggungjawab berkenaan.

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata, soal penamaan calon Perdana Menteri mempunyai masa yang sesuai untuk diputuskan.

“Insya-Allah apabila tiba masa dan ketentuan-Nya, Perdana Menteri yang lebih baik untuk Malaysia akan terzahir jua,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

May be an image of one or more people

Dalam perkongsian sama, Ahli Parlimen Bachok itu turut mempersoalkan siapakah tokoh yang bakal diketengahkan Pakatan Harapan (PH) sebagai calon Perdana Menteri selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syahir mendakwa PH kini berdepan masalah kepimpinan pelapis apabila beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti, manakala DAP pula didakwanya mengalami krisis keyakinan pengundi.

Beliau turut berpandangan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai kekuatan mencukupi untuk mengetengahkan calon bagi jawatan tertinggi kerajaan itu.

“Jelas di hadapan kita, PH telah ketandusan pemimpin. Tiada pengganti selepas Anwar, yang bakal mencecah usia 80 tahun pada PRU16,” katanya.

May be an image of one or more people and text

Sebaliknya, Syahir berkata, PAS mempunyai barisan pemimpin di peringkat Parlimen dan negeri yang berusia lingkungan 40-an hingga 60-an, sekali gus menyediakan pilihan kepimpinan untuk masa depan.

“Malah jika ditanya ahli PAS, tentu ada tokoh yang mereka lihat sesuai untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Dalam kalangan AJK PAS Pusat, pasti ada individu yang dinilai mempunyai wibawa (integriti dan kompetensi) untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri-Menteri.
“Malah jika ditanya Presiden PAS, mungkin sudah ada nama calon Perdana Menteri Malaysia yang dipertimbangkan,” katanya.

May be an image of dais

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa sokongan dan keyakinan dalam kalangan ahli parti sahaja belum mencukupi untuk membolehkan PAS menerajui pentadbiran negara.

Justeru, katanya, PAS perlu memperkukuh strategi bagi mendapatkan kepercayaan rakyat tanpa mengira kaum, usia atau kawasan tempat tinggal melalui prestasi kerja, dasar serta kewibawaan kepimpinannya.

“PAS/PN perlu memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya, memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen, dan seterusnya mendapat perkenan Baginda Tuanku yang bijaksana,” katanya.

Sumber: FB Syahir Sulaiman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved