Ben Affleck Buat Kejutan, Jadi Pekerja “Drive Thru” Dunkin’ Donuts

Entertainment
11 Jan 2023 • 2:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ben Affleck Buat Kejutan, Jadi Pekerja “Drive Thru” Dunkin’ Donuts

AMERIKA SYARIKAT — Bintang Hollywood, Benjamin Géza Affleck atau lebih dikenali sebagai Ben Affleck mengejutkan ramai peminat selepas menjadi pekerja pandu lalu (drive thru) di sebuah kedai Dunkin’ Donuts di Medford, Massachusetts semalam.

Difahamkan, kejadian itu disedari selepas salah seorang penggemar kopi Dunkin membuat pesanan di kedai makanan tersebut.

Sementara itu, seorang pelanggan, Lisa Mackay berkata dia sangat terkejut sewaktu berhenti di drive thru Dunkin itu dan bertemu dengan pemenang anugerah Oscar terbabit.

Dia kemudiannya mengambil foto beliau sebelum memuatnaiknya di laman Instagram yang memaparkan Affleck memakai apron, topi Dunkin’ Donuts dan visor.

 

 

View this post on Instagram

 

Tambahnya, Affleck memberikan layanan yang sangat baik sewaktu memberikan pesanannya.

Menurut laporan TMZ, pelakon tersebut sedang melakukan penggambaran iklan Dunkin bagi Super Bowl LVII yang akan datang.

Apa yang lebih menarik lagi, syarikat berkenaan turut memuat naik satu tweet dalam bentuk emoji selepas video pelakon terbabit tular.

Sumber: The Independent, Lisa Mackay via Instagram

View Original Article