Ben Ladin kunci mulut khabar telah berkahwin, minta tak buat pelbagai spekulasi

Entertainment
10 Jul 2024 • 4:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Ben Ladin kunci mulut khabar telah berkahwin dan memuat naik perkongsian di media sosial miliknya supaya orang ramai bersabar terlebih dahulu.

Belum lagi keluarkan sebarang kenyataan

Pemilik nama sebenar, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 23 menyatakan dirinya belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, jadi dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaannya.

image is not available

“Hmm sabar. Biar dapat statement dari tuan badan sendiri bukan sesuka hati keluarkan pelbagai spekulasi,” tulisnya.

Ben Ladin kunci mulut, belum dedah gerangan wanita disampingnya

Dia yang belum lagi berkongsi sebarang gambar bersama wanita yang ada dengannya di atas pelamin tempoh hari masih tidak mendedahkan status diri sama ada sudah berkahwin atau pun belum.

image is not available

Ben Ladin kunci mulut, gambar2 tular belum disahkan

Terdahulu, beberapa gambar bekas peserta Idola Kecil ini mengenakan pakaian sedondon berwarna putih di sebuah majlis seperti pernikahan telah menjadi perhatian ramai.

Video dari pihak videographer juga seakan mengukuhkan lagi dakwaan bahawa penyanyi lagu Hikayat Benladin ini sudahpun bergelar seorang suami.

@frzdzhlmi

Tq Ben Ladin! Support Fariz dan team kami (WanRiz.Picture) !!! So for those yang carik photographer around Kuching/Samarahan/Serian boleh roger okay! #photographerkuching #fypsarawak #weddingphotographerkuching #samarahan #kuching #fyp @BENLADIN

♬ original sound – Frzdzhlmi – Frzdzhlmi

Pelbagai komen diterima diruangan TikTok tersebut yang rata-rata tidak menyangka bahawa penyanyi berkenaan sudahpun berumah tangga memandangkan menontonnya di kaca televisyen sewaktu masih kecil.

Apa-apa pun, diharap Ben dapat berkongsi khabar gembira ini kepada para peminat yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah serta mendoakan agar kehidupannya terus dipermudah di masa hadapan.

Sumber: Instagram mohd_benladin, TikTok frzdhlmi