
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 64 tahun didenda RM5,000 atau 60 hari penjara kerana membenarkan seorang rakyat Filipina tanpa sebarang dokumen berada di dalam premis di bawah kawalannya.
Guasi Bani mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya.
Dia didapati membenarkan pendatang tanpa izin berusia 21 tahun itu pada 10.55 malam, 22 April tahun ini di Selera Kita Enterprise, Kg Rampayan, Jalan Tuaran, di sini.
Pertuduhan menyatakan bahawa Guasi adalah orang yang mengawal premis itu.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Siasatan mendapati Guasi membenarkan pendatang tanpa izin itu berada di dalam premis berkenaan yang di bawah kawalannya.
Pegawai Pendakwa Sopian Karate dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




![[VIDEO] Pakcik Tua Didakwa Cuba Intai Wanita Tengah Mandi Dekat Bukit Bintang](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)