Benarkah Selawat Merupakan Satu-Satunya Amalan Tidak Ditolak?

17 Feb 2023 • 12:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
benarkah selawat ke atas nabi merupakan amalan yang tidak ditolak?

Salam Jumaat semua! Hari ini Oh! Media nak kongsi mengenai penjelasan bagi pertanyaan adakah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satunya amalan yang tidak ditolak.

Selawat kepada Rasulullah merupakan amalan yang baik dan menerima pahala, namun adakah perbuatan itu satu-satunya amalan tidak ditolak? Jom, kita baca penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan?

Amalan selawat

image is not available

Menurut mufti wilayah, tiada hadis sahih yang menyebut bahawa selawat kepada Rasulullah SAW merupakan satu-satunya amalan yang akan diterima secara mutlak. Namun, terdapat banyak nukilan daripada para sahabat dan salafussoleh yang menyatakan demikian

image is not available

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud seseorang yang berselawat itu akan diberi pahala dalam semua keadaan, meskipun dia berselawat dalam keadaan riyak. Ia bermaksud selawat kepada Baginda yang merupakan satu doa agar Allah SWT mengurniakan rahmat kepada Baginda akan dikabulkan oleh Allah, meskipun orang yang berselawat itu sendiri tidak diberi pahala.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media