Benarkan premis jadi rumah pelacuran: Lelaki didakwa

LocalPolitics
27 Jun 2025 • 11:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 48 tahun didakwa atas pertuduhan membenarkan premis di bawah kawalannya dijadikan sebagai rumah pelacuran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Darel Woo Kok Phin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi, pada Khamis.

Woo dituduh membenarkan premis Bao Zu Lin Reflexology, yang berada di bawah jagaannya, digunakan bagi tujuan mengeksploitasi seorang wanita untuk pelacuran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');}); Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 10 malam, 19 Jun tahun ini, di Menara MAA Lorong Api-Api Phase, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai tahun ini untuk sebutan bagi merekodkan pengakuan Woo dan dia diperintahkan untuk direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Bryan Francis tampil untuk pendakwaan manakala Woo tidak diwakili peguam.

Dalam kes berkaitan, seorang wanita warga Vietnam mengaku bersalah atas pertuduhan mencari pelanggan untuk tujuan pelacuran di premis yang berada di bawah kawalan Woo.

Thi Hong Dang, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Vietnam di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, melalui Zoom pada Khamis.

Bagaimanapun, hukuman terhadap Thi ditangguhkan kepada 1 Julai dan tiada jaminan ditawarkan kepadanya sementara menunggu tarikh itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama dengan Woo.

Kesalahan itu, di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

TPR Akaash Singh mengendalikan pendakwaan manakala Thi tidak diwakili peguam.