Bencana Banjir Paling Teruk, Kampung Long Kajang Di Belaga Ditengelami Air

18 Mar 2023 • 11:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seramai 143 penduduk kampung yang terjejas.

Bencana Banjir Paling Teruk, Kampung Long Kajang Di Belaga Ditengelami Air. Dilaporkan Kampung Long Kajang di daerah Belaga telah mengalami banjir paling teruk pada tahun ini, kata ahli majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Abun Sui Anyit.

Beliau berkata, walaupun bukan musim tengkujuh pada akhir tahun, kampung Long Kajang yang mempunyai 23 pintu dengan 143 penduduk di Linau itu dinaiki air dengan amat teruk sekali.

image is not available
Bencana Banjir Paling Teruk, Kampung Long Kajang Di Belaga Ditengelami Air. Sumber foto: The Borneo Post

Banjir mungkin kerana aktiviti pembalakan

Menurut beliau lagi, perkara ini mungkin terjadi kerana aktiviti pembalakan yang giat berlaku di kawasan yang terjejas.

Dalam masa yang sama beliau juga berkata bahawa kerajaan kini sedang mengatur bantuan untuk disalurkan ke kampung berkenaan.

image is not available
Sumber foto: FB Borneo Network

Ketua Kampung memnita bantuan dari pihak berwajib

Ketua kampungnya Giau Bajan menyuarakan harapan agar pihak berwajib segera memberi bantuan kepada penduduk kampung yang kebanyakannya diklasifikasikan di bawah golongan berpendapatan B40.

Ladang-ladang masyarakat Penandi kawasan berkenaan juga pernah dinaiki air sebelum ini, jadi kami berharap jabatan pertanian dapat meringankan beban penduduk kampung berikutan pahit getir yang mereka hadapi, tambah Ketua Kampung itu lagi.

Lagi berita terkini mengenai banjir untuk anda: