“Benda Free Kau Sanggup Bayar..” – Tote Bag Apple Store TRX Dijual Semula Dengan Harga Cecah Ribuan Ringgit

24 Jun 2024 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak Apple Store pertama di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX rasmi dibuka pada 22 Jun lalu, ia telah menjadi perhatian kebanyakan rakyat Malaysia lagi-lagi peminat jenama tersebut yang ingin menyaksikan sendiri pembukaan tersebut.

Bag percuma dijual semula

Yang menariknya, pengunjung terawal yang datang akan mendapat peluang untuk memperoleh tote bag istimewa Apple Store TRX yang terhad.

Namun begitu, timbul pula isu dimana bag yang diberikan secara percuma itu telah dijual semula di platform jual beli dalam talian iaitu Carousell dengan harga yang mahal.

Netizen ikut tak setuju

Susulan isu tersebut tular di laman X, orang ramai menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang menjual bag berkenaan dengan harga yang tidak masuk akal.

Pengguna media sosial yang lain turut menasihati orang ramai untuk tidak mudah tertipu dengan penjual-penjual di online.

Yang menjual ni sebenarnya bijak, dia test market, if terjual dia yang dapat untung. Yang kurang bijaknya si pembeli lah. Benda free kau sanggup bayar sampai tiga digit.

 

Tolong lah jangan beli. Sebab ada pembeli lah puak-puak ni membiak. Sama la dengan tiket. Beli murah jual balik mahal.

image is not available

Sumber : Carousell  

image is not available

Sumber : Carousell  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 days ago

'First Look' Apple Store Malaysia Di TRX Exchange, Bakal Dibuka 22 Jun Ini