Bendera merah dinaikkan di Pantai Tok Bali, Bisikan Bayu

20 Nov 2023 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas penyelamat pantai APM sedang melakukan rondaan di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh selain turut menaikkan bendera merah sebagai tanda amaran kepada orang ramai.

image is not available
Keadaan terkini ombak di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh.

PASIR PUTEH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh menaikkan bendera merah sebagai tanda larangan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di pesisir Pantai Tok Bali dan Bisikan Bayu di sini pada Isnin.

Pegawainya, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda ketika ini boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan serta nyawa orang ramai.

"Aktiviti air seperti mandi, pungut hasil pantai, berkelah harus dihentikan buat sementara waktu.

"Hal kerana keadaan ombak yang mencecah sehingga satu meter serta air pasang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung," katanya kepada Sinar Harian.

**media[2430203]**

Menurut beliau, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa memberi perhatian kepada setiap arahan yang dikeluarkan terutama mematuhi isyarat bendera merah.

Ujarnya, ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau anak-anak supaya tidak bermain atau mandi manda di pantai.

Nik Mohd Nor memberitahu, jika berlaku kecemasan, maklum kepada petugas penyelamat pantai APM berhampiran dengan segera dan bukannya membuat tindakan sendiri.

"Kepada penduduk yang tinggal di tepi pantai pula perlu peka dengan info semasa terutama melibatkan air pasang besar," katanya.