Bending Spoons, syarikat induk sebalik Evernote, WeTransfer, AOL, Vimeo dan sejumlah perkhidmatan lain, kini turut mengumumkan penambahan syarikat baharu dibawah mereka, iaitu AirTable.

AirTable digunakan pelbagai perusahaan dalam menggunakannya sebagai salah satu pangkalan data, termasuk menggunakannya dalam membangunkan aplikasi ringkas untuk tugasan mudah. Ia dianggarkan lebih 500,000 organisasi menggunakan AirTable.
Bending Spoons akan ambil-alih AirTable pada nilai $1.285 bilion, dan kini perlu melalui proses pengesahan dan kebenaran pihak berkuasa sebelum proses berkenaan selesai sepenuhnya.
Pengambil-alihan ini juga terus menambah angka pengguna dibawah ekosistem Bending Spoons. Pada hari ini, mereka mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif bulanan, dan lebih 9 juta pengguna berbayar setiap bulan.
