Bengang 2 Bulan Minta Motor Tak Dapat, Suami Jerut Leher Isteri Guna Wayar Hingga Maut

15 Jun 2022 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jerut leher

Kejadian di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu Indonesia, seorang wanita telah meninggal dunia kerana lehernya dijerut menggunakan wayar oleh suaminya.

Menerusi laman web Tribunnews, KO yang merupakan suspek mengatakan dia telah minta isterinya untuk membelikan motor sejak dua bulan lalu kerana malu tidak memiliki motor.

Minta isteri RM750 nak beli motor

image is not available

Saya ada hutang yang nak kena bayar, saya bermain kutu nak beli motor tapi saya menunggak untuk membayarnya.

KO mengaku bahawa dia memiliki hutang sebanyak Rp 500 ribu iaitu RM150 untuk dibayar, namun dia meminta isterinya Rp 2.5 juta iaitu RM750 untuk membeli motosikal.

Ketika pihak polis menggeledah rumah KO, polis terjumpa ‘bong’ yang merupakan alat untuk menghisap syabu.

Tapi KO menyatakan alat itu bukan miliknya kerana rumahnya itu merupakan tempat rakan-rakan untuk bermain judi. Ujian air kencing juga mendapati KO negatif dadah.

Jerut leher isteri guna wayar

image is not available

Menurut Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong, Iptu Deny Fita Mukhtar, mangsa dan suaminya selalu bergaduh sehingga menyebabkan si isteri stress.

Si isteri telah mengambil wayar elektrik dan melilit lehernya kerana padanya, daripada makan hati, lebih baik dia bunuh diri.

Namun belum sempat si isteri membunuh diri, suaminya yang marah dengan kenyataan isterinya telah menyentak wayar itu sehingga si isteri meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya jatuh terduduk dalam keadaan tak bernafas.

KO yang terkejut dengan kematian isterinya telah melarikan diri dari tingkap rumah. Tapi selepas beberapa hari, KO telah berserah diri di balai polis.

Kredit: Tribunnews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media