Bengang Ditegur Tendang Kotak, Pelanggan Ini Tampar Pekerja Di Siburan Sempat Dirakam CCTV

12 Jun 2023 • 4:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di salah satu kedai Siburan

Bengang Ditegur Tendang Kotak, Pelanggan Ini Tampar Pekerja Di Siburan Sempat Dirakam CCTV. Setiap individu perlu menghargai pekerja yang memberikan perkhidmatan kepada mereka.

Tiada seorang pun harus menjadi mangsa kekerasan hanya kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

image is not available
Bengang Ditegur Tendang Kotak, Pelanggan Ini Tampar Pekerja Di Siburan Sempat Dirakam CCTV

Difahamkan bahawa pelanggan tersebut menampar pekerja tersebut kerana tidak puas hati

Seorang pekerja di sebuah pasaraya di Siburan, Serian ditampar oleh pelanggan, semalam. Difahamkan bahawa pelanggan tersebut menampar pekerja tersebut kerana tidak puas hati. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera kawalan (CCTV) di dalam pasaraya tersebut.

Rakaman video berdurasi 18 saat dan 53 saat telah dimuat naik oleh seorang individu ke laman sosial Facebook. Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen. Di dalam video tersebut, seorang lelaki berbaju merah dilihat menampar pekerja di salah satu kedai di pasaraya tersebut.

Lihat video di bawah:

image is not available
Sumber: Facebook

Difahamkan bahawa pelanggan tersebut bengang apabila ditegur oleh pekerja tersebut kerana bertindak menendang kotak tersebut.

Pada awalnya, sebelum insiden menampar tersebut, lelaki itu menendang kotak kosong di mana pekerja tersebut sedang membuat kerjanya seperti stockup barang di bahagian rak alat tulis.

Ketika menonton video kedua, pelanggan tersebut telah memanggil pekerja itu dan menampar mukanya. Kejadian tersebut telah mengundang reaksi dan kemarahan daripada netizen di laman sosial.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, individu tersebut telah membuat laporan polis berkenaan dengan kejadian tersebut.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: