Bengkel cat haram diarah tutup, tiada kelulusan, aduan pencemaran bau

14 Jan 2025 • 12:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengarahkan sebuah bengkel cat haram di Jalan Kapar ditutup susulan aduan pencemaran bau.

MBDK memaklumkan menerusi Facebook semakan mendapati premis yang terletak di kawasan perumahan itu tidak mempunyai kelulusan kebenaran merancang dan sijil perakuan kelayakan (CF).

“MBDK telah membuat siasatan ke lokasi dan didapati premis dijadikan bengkel mengecat kenderaan terletak di lot perumahan kampung.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati premis dijaga oleh pekerja warga asing. Pekerja tidak memberi kerjasama dan melarikan diri ketika kakitangan MBDK meminta maklumat syarikat,” katanya.

Menurutnya, MBDK mengarahkan bengkel cat tersebut ditutup serta merta mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

“Pemantauan akan dijalankan bagi memastikan pengusaha mematuhi undang-undang dan arahan MBDK,” katanya.

image is not available
Bengkel cat haram di Jalan Kapar, Klang diarah tutup serta merta berikutan tidak mempunyai kelulusan kebenaran merancang, tiada sijil perakuan kelayakan (CF) serta aduan pencemaran bau dalam operasi pada 13 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved