Bengkel cungkil bakat vokal tempatan di Kota Marudu

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 3:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

BENGKEL Vokal dan Penjurian Lagu diadakan di Mini Dewan Raihan, Kota Marudu, diadakan baru-baru ini.

Dianjurkan MV Event and Entertainment dengan kerjasama Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras), acara sehari itu dirasmikan oleh Ketua Wanita PGRS Sabah Datuk Redonah Bahanda.

AdvertisementBeliau menekankan peranan bengkel ini dalam membina keyakinan serta mencungkil bakat vokal tempatan.

“Ini adalah pengalaman yang bermakna kerana pertama kali saya merasmikan bengkel seni. Ia menyediakan platform yang baik untuk bakat tempatan meningkatkan kemahiran mereka dan melangkah ke dalam industri hiburan,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau turut memuji penganjur atas usaha menghidupkan kembali bidang seni di Kota Marudu serta berjanji untuk terus menyokong inisiatif seumpama ini.

Pengerusi Penganjur bengkel Sylviana Viana Saiki @ Vie, menyifatkan acara ini sebagai permulaan yang baik untuk 2025, dengan rancangan untuk mengadakan lebih banyak bengkel di daerah lain.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Walaupun terdapat peserta yang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu, kehadiran dan semangat peserta secara keseluruhannya tetap tinggi,” katanya yang juga Setiausaha Agung Keras.

Penceramah jemputan Rhowell Rolland Raymond Pagi, seorang tenaga pengajar vokal dan Pengetua Fortissimo Music Studio di Tuaran, berkongsi ilmu mengenai teknik vokal, kawalan pernafasan, ekspresi seni, serta penjurian pertandingan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beberapa profesional lain seperti Jawil Jumin, Coach Keiru, dan Ian Arthur turut menyumbang kepada kejayaan acara ini.

Vie mengucapkan terima kasih kepada Redonah kerana hadir walaupun perlu menempuh perjalanan jauh dari Kota Kinabalu, serta kepada jawatankuasa penganjur.

Katanya, pihak turut merancang untuk mengadakan Bengkel Masterclass selama dua hari di Kota Marudu sebelum Sambutan Pesta Kaamatan pada Mei depam, yang akan menawarkan latihan vokal secara mendalam dan sesi penjurian profesional.

“Inisiatif ini bertujuan untuk terus membangunkan bakat vokal di Sabah dan memberi peluang kepada mereka untuk berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Vie, sambil berharap sokongan berterusan untuk menjadikan Sabah sebagai pusat seni vokal di Malaysia.

View Original Article