Bengkel terbakar di Sungai Buloh, 51 kereta musnah

7 Jan 2026 • 10:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 JAN: Sebanyak 51 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel servis dan mengecat kenderaan milik pengeluar kereta tempatan di Sungai Buloh petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.17 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian pada 5.33 petang.

“Anggota BBP Damansara, Rawang, Bukit Jelutong dan Petaling Jaya turut dikerah ke lokasi kejadian.

“Seramai 27 anggota dan pegawai bersama lima jentera dan dua lori tangki air terlibat dalam usaha memadam kebakaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kereta jenis bangunan kelas B berkeluasan 200 x 200 kaki persegi.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 6.28 petang dan kiraan awal mendapati sebanyak 51 buah kereta telah terbakar.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dikebal pasti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved