Bengkel vokal dan penjurian Sugandoi, antarabangsa di Ranau

13 Mar 2024 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BUAT julung kalinya satu program 2-dalam-1 iaitu Bengkel Vokal dan Penjurian Lagu yang menjurus kepada skop lagu Etnik Sabahan (Sugandoi) dan juga Antarabangsa bakal diadakan di sini tidak lama lagi.

Penganjur merangkap pelaksana bengkel, Sylviana Viana Saiki atau lebih dikenali sebagai Vie Jimmy memberitahu program tersebut akan diadakan pada minggu ketiga April tahun ini di daerah Ranau, Sabah.

Menurutnya, perkongsian dan pengisian bengkel vokal lebih kepada teknik vokal nyanyian yang betul dan sihat, asas ‘warm up’ untuk penyanyi, persediaan sebelum naik ke pentas dan apabila berada di pentas serta cara pemilihan lagu yang betul.

Bagi bengkel penjurian, katanya, para peserta bakal memahami kriteria pertandingan nyanyian (vokal), di mana pengisian bengkel lebih menjurus kepada cara penilaian aspek tempo, persembahan, skema dan rubrik tempo serta persembahan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Yang menariknya para peserta juga berpeluang merasai keadaan sebagai seorang juri pertandingan nyanyian sebenar secara gimik.

“Ini secara tidak langsung akan memperkasakan pengetahuan dan akan melahirkan bakal juri pertandingan yang betul, adil, sistematik, telus dan berkualiti,” katanya.

Vie merupakan salah seorang ahli jawatankuasa (Biro Pembangunan) di dalam Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) juga merupakan Setiausaha Agung untuk Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras) dan Ketua Biro Kebajikan Kelab Kupi-Kupi FM 96.3 FM.

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pemilik syarikat hiburan MV Entertainment Sdn Bhd dan Rumandawi Café, Ranau.

Beliau mengalu-alukan penyertaan daripada semua tidak kira pihak Jabatan Pendidikan, Jabatan Kerajaan, orang perseorangan ataupun sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung terlibat di dalam dunia seni hiburan dan berminat untuk menambah ilmu di dalam bidang nyanyian (terutama bakal peserta Sugandoi Kaamatan) serta penjurian lagu tidak kira di mana sahaja.

“Matlamat saya menganjurkan bengkel 2-dalam-1 ini di daerah Ranau adalah bagi memberi ruang para penggiat seni hiburan menimba ilmu di dalam kedua bidang tersebut.

“Ini akan menjadi sebagai salah satu medan kepada semua peserta bagi memperkukuhkan lagi asas kemahiran nyanyian, persembahan dan juga penjurian lagu khususnya kepada masyarakat yang berminat di daerah Ranau dan juga di sekitarnya.

“Dengan mekanisme penganjuran bengkel 2-dalam-1 ini akan melahirkan lebih banyak penyanyi tempatan dan para juri nyanyian yang lebih berkualiti. Itu harapan saya,” tambah beliau.

Tambah Vie lagi, bengkel itu akan menampilkan penceramah yang memang diakui sangat profesional di dalam bidang ini, Rhowell Rolland Pagi merupakan seorang guru vokal dan piano juga merupakan pensyarah vokal ensemble di UITM, Sabah.

“Rhowell juga merupakan pengasas dan pemilik Fortissimo Music Studio yang terletak di daerah Tuaran, Sabah.

“Pengiktirafan beliau sebagai seorang guru vokal dan juga juri nyanyian di seluruh pelusuk negeri bukan sahaja di peringkat daerah, jabatan malah peringkat negeri memang sangat diakui.

“Selain itu, Rhowell juga selalu mendapat undangan untuk memberi latihan vokal nyanyian solo dan koir di RTM mahupun sekolah rendah dan sekolah menengah,” katanya.

Menurut Vie juga bengkel 2-dalam-1 ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 hb April 2024.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau berminat untuk mengikuti bengkel 2-dalam-1 ini boleh menghubungi beliau di nombor 011-25110248 ataupun barisan AJK penganjur di nombor 0168361863 atau 0128637129,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article