Bentuk jajaran baharu, pilih PM sebelum 2.30 petang esok: Agong

Politics
20 Nov 2022 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.30 petang Isnin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menitahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun supaya bekerjasama dengan ketuq-ketua parti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

"Negara telah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang telah berlangsung semalam (19 November 2022), daripada Suruhanjaya

Pilihan Raya Malaysia pada jam 1.15 tengah hari, hari ini.

"Dokumen yang telah dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada

parti politik berjaya memperolehmajoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

AKAN MENYUSUL