Berada Di Lautan Hindi, Saintis Dakwa Sudah Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370?

21 Mar 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan dari laporan Sinar Harian, seorang saintis penyelidikan yang sudah bersara mendakwa dirinya menemui lokasi bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang sudah hilang sejak tahun 2014.

Lokasi bangkai pesawat MH370 ditemui?

Dakwa bekas penyelidik dari Australia Institute for Marine and Antarctic Studies, University of Tasmania, Dr Vincent Lyne, dia telah mengenal pasti satuk piksel kuning dalam model topografi di dasar laut global yang dipercayai merupakan lokasi bangkai pesawat itu.

image is not available

Kata Lyne lagi, daripada data General Bathymetric Chart of the Oceans (GEBCO) yang memetakan dasar laut, menunjukkan kehadiran piksel luar biasa.

Ia tersembunyi jauh di dasar lautan, dengan satu piksel cerah muncul di kawasan pertemuan Broken Ridge dan Zon Retakan Diamantina, menandakan kemungkinan lokasi pesawat dengan ketepatan yang belum pernah dicapai.

Berada dalam kedalaman 5,750 meter

Lokasi berkenaan turut berada dalam kedalaman 5,750 meter dan dipercayai anomali ketara yang berkemungkinan menunjukkan lokasi pesawat MH370.

image is not available

Namun begitu, Lyne turut berkata adanya ketidakkonsistenan dalam data sonar dan bacaan alimeter satelit, yang telah menimbulkan ketidakpastian.

image is not available 9 months ago

Selepas 10 Tahun, Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan MH370 Di Australia Barat?