Beralih peranan ke KUSKOP, Steven Sim kenang 2 tahun perjuangan di KESUMA

LocalPolitics
17 Dec 2025 • 6:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong mengimbas kembali dua tahun penglibatannya di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjelang peralihan beliau ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dengan menyifatkan tempoh tersebut sebagai peluang bermakna untuk menyumbang tenaga dalam mengangkat martabat pekerja di Malaysia.

image is not available

Steven Sim bangga diberi amanah terajui KESUMA

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, beliau memaklumkan rasa bertuah dan bangga apabila diberi amanah sepanjang bergelar Menteri KESUMA.

Walaupun mengakui bahawa pasukan KESUMA “bukan 100% perfect”, namun telah bekerja keras sepanjang dua tahun bagi memastikan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja terus diperkukuh.

“Saya berasa sangat bertuah dan bangga diberi peluang menyumbang sedikit kudrat untuk mengangkat martabat pekerja.
“Kami bukan 100% perfect, tapi team KESUMA telah bekerja keras sepanjang 2 tahun ini, memastikan kebajikan, kemahiran & keberhasilan pekerja meningkat,” katanya.

image is not available

Kongsi pencapaian yang berjaya dilaksana sepanjang 2 tahun

Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan pencapaian yang diketengahkan sepanjang menerajui KESUMA termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, gaji median bulanan melepasi paras RM3,000 buat pertama kali, pelaksanaan dasar gaji progresif melibatkan lebih 32,000 pekerja, kadar pengangguran terendah dalam tempoh 10 tahun serta peningkatan ketara penubuhan kesatuan sekerja baharu.

image is not available

Tak hanya itu, penambahbaikan perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pindaan ordinan buruh Sabah dan Sarawak, pemerkasaan Mahkamah Perusahaan, peningkatan faedah PERKESO termasuk pengenalan Skim Lindung 24 Jam, RUU Pekerja Gig, reformasi TVET dan HRD Corp serta pengurangan birokrasi turut menjadi antara pencapaian utama beliau sewaktu mengetui kementerian tersebut.

— Steven Sim image is not available (@scheekeong) December 16, 2025

Artikel lain: Dasar Gaji Progresif: 32,000 pekerja nikmati kenaikan gaji sehingga 16 peratus! – Steven Sim

Susulan daripada itu, Steven Sim merakamkan penghargaan kepada pasukan KESUMA dan semua pemegang taruh atas usaha sama menjayakan misi tersebut, sambil menyatakan harapan agar perjuangan membela pekerja akan terus subur.

Menurutnya, perjuangan akan tetap diteruskan dalam peranan baharu di Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) demi manfaat rakyat dan negara.