Berambut merah & pakai rantai, kenyataan Fattah Amin mahu jadi muslim lebih baik dipertikai

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 5:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kenyataan Fattah Amin mahu menjadi seorang manusia, muslim dan bapa yang menarik selepas tampil berambut merah dan pakai rantai telah menjadi bualan warga maya.

Ia selepas pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin muncul dengan aura berbeza sebagai wajah ekslusif pembuka tirai bagi edisi 2025 majalah tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram majalah Glam Lelaki, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu turut berkongsi azam tahun baharunya iaitu menjadi seorang individu yang lebih baik.

Malah, aktor berusia 34 tahun itu juga berharap dia dapat menjadi selebriti yang boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai.

“Saya mahu menjadi seorang manusia, Muslim dan bapa yang baik. Tahun ini juga saya ingin memberi fokus yang lebih kepada kerjaya saya.
“Saya mahu menjadi seorang selebriti yang lebih baik berbanding sebelumnya yakni boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.
“Semoga tahun ini, Allah SWT sentiasa melindungi saya,” katanya.

image is not available

Kenyataan Fattah Amin dipertikai netizen

Bagaimanapun, ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang dan mempertikai kenyataan dibuat Fattah Amin kerana penampilannya seolah-olah bertentangan.

Ada yang berpendapat, penampilannya yang mewarnakan rambut dan memakai rantai leher sangat tidak sesuai.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Sementara itu, ada sesetengah pengikutnya yang membela tindakan pelakon itu dan memuji ketampanannya selain dilihat seperti artis Korea Selatan, Choi Seung-hyun atau lebih dikenali T.O.P Big Bang dalam Squid Game 2.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Fattah Amin dalam sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang dihoskan oleh Ubai MZ, berkongsi secara jujur mengenai impiannya untuk diingati sebagai seorang Muslim yang baik dan taat kepada perintah Allah.

Dalam sesi tersebut, Fattah menjawab dengan tenang ketika ditanya mengenai bagaimana dia ingin diingati andai kata suatu hari nanti dirinya sudah tiada lagi di dunia ini.

Sumber: Instagram Glam Lelaki