Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu

7 Aug 2022 • 12:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Serang bekas teman wanita dengan parang

Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu. Berang akibat cinta ditolak, seorang lelaki dipercayai bertindak di luar kawalan apabila mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan parang.

Dalam kejadian Isnin lepas di Jalan Teng Kung Suk, suspek berumur 48 tahun itu pergi ke bilik sewa wanita itu pada pukul 7.30 petang dalam keadaan berang.

image is not available
Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu. Kredit Foto: FB Sibu Sarawak Page

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek kemudian menendang pintu bilik dan terus mengacukan sebilah parang ke arah mangsa yang berusia 35 tahun itu.

Siap ugut bunuh tu!

“Suspek mengugut untuk membunuh mangsa menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka berdua,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, akibat pergelutan itu mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan belakang badan.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu dan membuat laporan polis pada pukul 1 petang, Khamis lepas,”katanya.

image is not available

Suspek telah pun ditangkap

Beliau memberitahu, polis berjaya menahan suspek di sebuah kawasan kediaman tiga jam selepas laporan dibuat.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan parang dan ugutan jenayah,” tambah beliau.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sibu sekarang ni musim buah dabai tau! Tapi harganya pula masih kayangan :