Berang harga makanan mahal, penternak beri percuma ayam, telur

WorldFood
10 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Berang harga makanan mahal, penternak beri percuma ayam, telur

JAKARTA – Berang dengan kenaikan mendadak harga makanan ternakan, kumpulan penternak yang bernaung di bawah Persatuan Peternak Petelur Yogyakarta (P3Y) bertindak mengagihkan ribuan ayam dan telur secara percuma kepada orang ramai di kawasan tumpuan pelancong, Malioboro, di Yogyakarta lapor laman  berita kumparan.

Aksi itu diadakan sebagai bantahan terhadap lonjakan kos pengeluaran yang membebankan, sekali gus menyebabkan majoriti penternak di wilayah Yogyakarta mengalami kerugian.

Selain mengagihkan ayam dan telur, mereka turut menyampaikan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan.

“Tuntutan utama yang paling penting adalah menurunkan harga makanan ternakan. 

“Harga makanan ternakan perlu turun supaya kos pengeluaran kami juga dapat dikurangkan. 

“Jika boleh, pihak pengilang diharap tidak menaikkan lagi harga makanan ternakan,” kata Penyelaras  P3Y, Andry Patra.

Andry menyatakan bahawa harga makanan ternakan kini mencecah 480,000 rupiah (RM110) bagi setiap satu guni, atau sekitar 8,000 rupiah (RM1.80)  sekilogram untuk makanan siap campur. 

Harga tersebut mencatatkan kenaikan kira-kira 30 hingga 40 peratus. – AGENSI

The post Berang harga makanan mahal, penternak beri percuma ayam, telur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved