Berang jadi mangsa ‘paparazi’ pejabat, pekerja bakar bilik mesyuarat

13 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Berang jadi mangsa ‘paparazi’ pejabat, pekerja bakar bilik mesyuarat

JAKARTA – Seorang pekerja di Kabupaten Kutai Kartanegara (Kukar), wilayah Kalimantan Timur dikenali sebagai MFA ditahan polis kerana disyaki membakar bilik mesyuarat di pejabatnya kelmarin, lapor laman berita radar kaltim.

Polis mengesyaki suspek membakar bilik mesyuarat kerana berang kerap  menjadi bahan ejekan di tempat kerjanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kukar, AKP Elnath Splendidta Wafiq Gemilang berkata, suspek tidak puas hati dengan persekitaran tempat kerjanya. 

MFA disyaki berang kerana gambarnya kerap dirakam  secara sembunyi, lalu disunting dan dijadikan bahan ejekan serta pelekat (stiker).

“Mengenai motif pembakaran, dia berasa geram dengan persekitarannya. Ini kerana dia sering diambil gambar, kemudian gambar ini dijadikan bahan ejekan dan dibuat stiker,” ujar Elnath.

Bagaimanapun,  polis masih mendalami motif pembakaran tersebut.  –  AGENSI

The post Berang jadi mangsa ‘paparazi’ pejabat, pekerja bakar bilik mesyuarat appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved