Berang kena saman, lelaki terbalikkan kenderaan JPJ

2 Jul 2022 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Polis menahan pemandu sebuah jentera pengorek kaut (backhoe) yang menterbalikkan sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dia dikenakan saman trafik kerana tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim (gambar kecil) berkata, lelaki tempatan berusia 60an itu tidak berpuas hati dan berang selepas penguatkuasa mengeluarkan saman kepadanya.

Beliau berkata, susulan kejadian yang berlaku di Jalan Kepayan Magatang berdekatan Kampung Ambual di sini pada Khamis, kenderaan penguatkuasa JPJ itu mengalami kerosakan teruk.