‘Berani kerana benar’ – Syed Saddiq nantikan peluang pertahankan integriti di mahkamah

LocalPolitics
19 Mar 2025 • 8:32 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui nasibnya hari ini, apabila Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan terhadap rayuan kes dihadapinya berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau dan keluarga telah disiasat sejak tahun 2020 bermula dengan sogokan dan berakhir dengan ugutan. Bagaimanapun tegasnya, beliau enggan menggandaikan prinsip dan menjual maruah diri.

“Sejak tahun 2020, saya dan keluarga telah disiasat bermula dengan cubaan sogokan, berakhir dengan ugutan. Semuanya kerana saya enggan menggandaikan prinsip dan menjual maruah diri.

“Saya tidak menerima sogokan, tidak melompat parti, tidak meminta kes ini digugurkan dan tidak cuba melengah-lengahkan proses mahkamah,” katanya.

Beliau juga menegaskan mahu membersihkan namanya di mahkamah dan mengharapkan kebenaran akan tertegak.

“Berani kerana benar, saya menantikan peluang untuk mempertahankan integriti saya di mahkamah.

“Tiada senjata lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang istimewa ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved