“Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]

LocalTravel
2 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum sedia maklum, bandaraya Kuala Lumpur merupakan antara pusat pelancongan utama di negara ini terutamanya kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Bagaimanapun sehingga kini, ada sahaja kegiatan dan aktiviti yang mencemarkan imej negara dilakukan di sana sebagai contoh perkhidmatan jurugambar jalanan tanpa lesen.

Lelaki Dedah Kegiatan ‘Ulat Foto’ Masih Berleluasa Di KLCC

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Nadi menerusi akaun Threads miliknya telah berkongsi video menunjukkan beberapa ‘ulat foto’ yang masih berleluasa di kawasan sekeliling KLCC.

Dakwa lelaki itu, semasa tinjauan tersebut, ada jurugambar jalanan yang mengugutnya selepas bertindak menghalau mereka dari situ.

Ulat Foto Degil, Dah Banyak Kali Viral Tapi Masih Tawar Khidmat Ambil Gambar Di KLCC

Menerusi video perkongsian, kelihatan juga poster amaran mengenai larangan jurufoto haram di kawasan KLCC sudah dipaparkan di kawasan terbabit. Namun, jurugambar ini masih mengulangi kesalahan yang sama meskipun pihak berkuasa sudah banyak kali mengambil tindakan.

“Merosakkan bandaraya (KL) ni. Orang dah cakap jangan ada jurufoto sini, tapi degil. Berapa kali nak viral korang ni? Polis semua dah tangkap masih buat lagi. Ni kawasan pelancongan, jangan buat hal.

“Sayang negara, jangan busukkan negara. Degil,” tegurnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Serabut Kawasan Ni” – Geng ‘Ulat Gambar’ Di KLCC Kembali Undang Perhatian [Video]

Kegiatan Fotografi Tanpa Lesen Di KL Boleh Burukkan Imej Negara

Nadi dalam masa sama turut meminta mereka untuk mencari rezeki dengan cara lain di kawasan berbeza.

Lelaki tersebut menyifatkan situasi ulat foto yang tidak terkawal itu sangat memalukan kerana ia boleh mencemarkan imej Malaysia.

Namun begitu, beberapa ulat foto dilihat tidak mempedulikan teguran berkenaan dan masih berlegar di sana.

“Berapa kali Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan aktivis nak viral kan korang? Kenapa takut? Kau nak ugut aku? Tahu pula dia lari takut. Kalau rakyat tak buat macam ni (dedahkan aktiviti jurugambar haram), sampai bila? Nampak gelandangan tengah-tengah ibu kota. Malu kita. Pelancong banyak,” katanya.

Lelaki Dakwa Polis Bantuan Di Kawasan KLCC Tak Ambil Tindakan

Dalam pada itu, lelaki terbabit turut mempersoalkan penguatkuasaan di kawasan berkenaan. Dakwanya, ramai polis bantuan bertugas di sekitar KLCC, namun tiada tindakan yang diambil.

“Terdapat gelandangan berkeliaran di sana dan kawasan KLCC yang kotor dengan sampah. Apa penguatkuasa kita buat? Sepatutnya ada yang meronda serta memantau secara berskala tanpa mengira hari dan masa,” tegurnya lagi.

View on Threads

Servis Fotografi Tanpa Lesen Di Tempat Awam Adalah Satu Kesalahan

Pihak DBKL sebelum ini menegaskan bahawa tempat awam adalah milik bersama dan harus digunakan secara beretika, tertib dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Untuk info, menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah satu kesalahan.

Ulat gambar juga boleh dikenakan notis kompaun jika didapati bersalah mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Malah sebelum ini, jurugambar jalanan tanpa lesen di kawasan KLCC pernah dikompaun sebanyak RM2,000 oleh penguatkuasa DBKL.

Baca Artikel Berkaitan: Tular DBKL Serbu KLCC, ‘Ulat Gambar’ Kena Kompaun RM2,000 [Video]

Netizen Dakwa Ada Ulat Foto Yang Paksa Pengunjung Untuk Ambil Servis Bergambar Di KLCC

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa kecewa dengan sikap ulat gambar yang masih melakukan sesi fotografi secara haram meskipun sudah banyak kali ditegur dan diberi amaran.

“Minggu lepas pusing depan KLCC, ramai je lagi jurugambar haram ni. Bersepah-sepah,” kata seorang warganet.

Malah ada yang mendakwa golongan ulat gambar akan menengking pengunjung dan pelancong yang mahu mengambil gambar di KLCC menggunakan peranti mereka sendiri.

“Kalau nak ambil gambar guna telefon sendiri, diorang akan halau dan tengking,” dakwa seorang wanita.

“Ada juga (jurugambar jalanan) yang jenis menekan-nekan dan memaksa,” tambah seorang lelaki.

Netizen Harap Penguatkuasaan Diketatkan Untuk Banteras Kegiatan Ulat Foto

Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak bertanggungjawab melakukan penguatkuasaan dengan lebih aktif bagi membanteras aktiviti ulat gambar.

“Hari-hari pergi kerja, dari pagi diorang (ulat gambar) akan parkir kereta tepi jalan. Lepas tu melilau pergi cari orang nak ambil gambar. Biasanya diorang ni nampak penguatkuasa, masing-masing akan nyorok dalam kereta.

“Tolonglah halau sesiapa yang parking kereta dekat tepi jalan tu. Mohon pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat satu pondok dekat situ,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Image from: “Berapa Kali Nak Kena Viral Ni?” – Geng Ulat Foto Berlegar Depan KLCC Undang Perhatian [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: 3 Ulat Foto Di KLCC Dikesan Guna MyKad Palsu, Tiada Rekod Dalam JPN

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Ulat Gambar Dikompaun RM2,000 Depan KLCC, Kini Beralih Ke Saloma Bridge ‘Ganggu’ Pelancong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved