Berapa Kerap Sebenarnya Kita Kena Cuci Rambut? Ini Yang Anda Kena Tahu

Health & Fitness
31 Dec 2025 • 10:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Berapa Kerap Sebenarnya Kita Kena Cuci Rambut? Ini Yang Anda Kena Tahu

Tidak dinafikan, rambut merupakan mahkota yang paling berharga bagi setiap individu. Bukan itu sahaja, penampilan seseorang juga akan menjadi lebih menarik sekiranya mereka mempunyai rambut yang sihat dan berkualiti.

Namun, masih ada segelintir individu masih bersifat malas untuk menjaga rambut mereka. Penjagaan rambut seperti mensyampu sering dianggap sebagai rutin yang memakan masa yang lama bagi sesetengah orang.

Hasilnya, ada yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala, rambut menjadi kering, kulit kepala berbau dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ada yang berpendapat membasuh atau mencuci rambut setiap hari mampu merosakkan kualiti rambut. Namun sebenarnya, mencuci rambut menggunakan syampu merupakan perkara yang sepatutnya dilakukan lebih kerap.

Tetapi seberapa kerap pula rambut kita ini perlu dicuci? Ikuti perkongsian di bawah ini.

Jenis rambut

Menurut Cleveland Clinic, terdapat beberapa faktor yang membolehkan anda menentukan jenis syampu yang boleh digunakan sebagai rutin anda mencuci rambut.

Sebenarnya, umur seseorang itu juga memainkan peranan penting untuk mengetahui keadaan kulit kepala. Menurut ahli dermatologi, Shilpi Khetarpal, golongan muda mempunyai minyak yang lebih banyak di bahagian kulit kepala mereka berbanding dengan golongan yang lebih berusia.

Ini terjadi disebabkan mereka mempunyai jumlah hormon yang lebih tinggi. Oleh itu, remaja dan orang dewasa digalakkan membasuh dan mencuci rambut dengan lebih kerap.

Ini penting bagi memastikan segala minyak dan kotoran yang terlekat pada kulit kepala dapat dihapuskan. Selain itu, jenis rambut juga memainkan peranan penting untuk menentukan kekerapan anda mencuci rambut.

BACA: 4 Fakta Buruk Tentang Berus Gigi, Nombor 1 Paling Tak Sangka

Misalnya, rambut jenis kerinting lebih mudah kering dan mudah rapuh berbanding rambut lurus. Ini kerana minyak semula jadi yang terhasil dari kulit kepala sukar untuk turun ke rambut.

Jadi, individu yang mempunyai rambut jenis ini digalakkan untuk mencuci rambut mereka dengan lebih kerap.

Bagi yang memiliki rambut lurus pula perlu tahu kepanjangan rambut mereka sebelum mencuci. Rambut yang terlampau panjang juga kerap kering terutamanya di bahagian hujung rambut. Ini kerana minyak semula jadi dari kulit kepala mengalami kesukaran untuk mencecah bahagian itu.

Jika ini berlaku, anda disarankan untuk mencuci hanya pada bahagian akar rambut anda untuk mengelakkan bahagian hujung rambut menjadi kering.

Peluh

Bersenam merupakan satu rutin yang turut mempengaruhi tabiat mencuci rambut. Namun, setelah anda berpeluh selepas bersenam, anda boleh sahaja membasuh rambut anda tanpa menggunakan syampu.

Dalam hal ini, syampu tidak diperlukan melainkan jika bakteria mula tumbuh dan menyebabkan kulit kepala anda mula berbau.

Penting untuk pastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi menghindari penghasilan minyak berlebihan di kulit kepala. Namun, sekiranya anda terlalu kerap mencuci rambut anda juga, ia mungkin boleh merosakkan rambut anda.

Mencuci rambut dengan kerap akan menyebabkan rambut menjadi kering dan hujung rambut anda juga akan mudah rontok serta rosak.

Menurut WebMD, ramai pakar yang setuju bahawa hanya sebilangan kecil individu yang tinggal di kawasan yang cuaca panas, serta kerap berpeluh perlu mencuci rambut setiap hari.

Anda juga boleh mencuci rambut anda mengikut keadaan rambut anda pada waktu itu.

Menurut Angela Lamb, seorang pembantu dermatologis di Ichan School of Medicine di Mount Sinai memberitahu, jika anda ingin menggayakan rambut anda menggunakan alat haba tinggi, akan lebih mudah kekal pada rambut yang bersih.

Gaya lain juga mungkin tidak memerlukan penyucian rambut yang kerap, maka anda tidak perlu mencuci rambut lebih dari sekali setiap minggu. Oleh itu, selagi kulit kepala anda dalam keadaan yang baik, maka itu tidak akan menjadi masalah.

Justeru, penting bagi setiap individu untuk mencuci rambut mereka dengan kerap bagi mengelakkan kulit kepala anda berbau dan bermasalah.

BACA: Tandas Bau Hancing & Berkerak? Anda ‘Wajib’ Cuba Cara Ini

Sumber: Mental Floss 

The post Berapa Kerap Sebenarnya Kita Kena Cuci Rambut? Ini Yang Anda Kena Tahu appeared first on Siakap Keli.