Berat badan Fattah Amin susut 3kg, sibuk kerja hingga makan tak teratur

LocalEntertainment
27 Oct 2024 • 1:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Berat badan Fattah Amin susut 3kg disebabkan jadual kerja yang padat sejak kebelakangan ini sehingga membuatkan waktu makannya tidak teratur.

Memetik laporan dari Media Hiburan, Fattah Amin tidak menafikan dirinya kehilangan sedikit berat badan disebabkan kesibukkan bekerja.

image is not available

Berat badan Fattah Amin turun, makan tak teratur sebab sibuk

Ujar pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 34 itu, walaupun jadual kerjanya tidaklah penuh sehingga pertengahan tahun hadapan, namun dia agak sibuk sampai Februari 2025 nanti.

“Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah.

“Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” ulasnya.

image is not available

Berat badan Fattah Amin susut sikit, tapi gembira dapat bertemu Fatima tempoh hari

Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa dengan anak perempuannya, Fatima Aisya, 3 selepas sah berpisah dengan bekas suami.

Pelbagai aktiviti mereka lakukan bersama dan membawa bertemu ahli keluarga termasuklah datuk serta neneknya.

“Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan.

“Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir ini telah berkongsi beberapa gambar meluangkan masa bersama Fatima beserta ahli keluarganya yang lain.

Momen tersebut berlaku selepas Fattah Amin dan selebriti terkenal, Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.