Beratur 3 Jam Beli ‘Dessert’, Kieda Crepe Menangis Kena Maki Dengan Pelanggan – “Kena Tolak, Tampaq..”

29 May 2023 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas perniagaan pencuci mulutnya viral di laman TikTok, usahawan terkenal, Kieda Crepe sering menjadi pehatian orang ramai apabila kedainya diserbu oleh pelanggan.

Baru-baru ini, Kieda telah membuat lawatan di Shah Alam bagi memberi peluang kepada pelanggan yang berada di Selangor untuk membeli pencuci mulutnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, lawatan tersebut telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sehingga mereka sanggup beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan pembelian.

image is not available

Namun, ada juga pelanggan yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan cara pengurusan usahawan itu dalam mengawal pelanggan yang ramai.

Malah, ada juga yang memaki dan memukul tangan pekerjanya serta mengajak suaminya untuk bertumbuk.

Susulan itu, Kieda dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana menganggap dia sudah cuba yang terbaik untuk melayan kesemua pelanggan yang datang berpusu-pusu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menganggap tindakan pelanggan yang hadir agak keterlaluan dan mempersoalkan kesunggguhan mereka hanya untuk membeli pencuci mulut yang tular.

Bukan itu sahaja, netizen turut memberi nasihat kepada pelanggan untuk tidak membuat kekecohan di tempat awam.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

Bakal Kahwini Suami Orang, Gadis Buntu Minta Pendapat - "Saya Tak Sanggup Tengok Wajah Isteri Dia, Apa Patut Saya Buat?"