‘Berbakat di pentas macam ibu.’-Gelagat Aafiyah pada hari graduasi tadika raih perhatian warganet

Entertainment
29 Nov 2022 • 1:55 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERGAYA di pentas persis ibu, demikian komen warga maya kepada anak sulung ratu pop Malaysia, Siti Aafiyah yang membuat persembahan sempena hari graduasi tadika.

Siti Aafiyah, 4, adalah anak sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Biarpun tidak dapat hadir kerana tugasan di Kota Singa, beliau berkongsi video persembahan anaknya itu menerusi laman sosial Instagram.

“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena Graduation day. Aafiyah menghafaz dan menari. Ibu tidak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapura.

“Alhamdullillah Aafiyah berikan yang terbaik. Bukan main dia menari ya. Terima kasih ayah temankan Aafiyah. Love you! Semoga terhibur menonton ya,” titip Siti.

image is not available

Apa yang menarik perhatian ramai ialah Aafiyah berupaya menari mengikut rentak lagu dengan baik tanpa teragak-agak.

image is not available

Keyakinan dan langkah tidak kekok si kecil itu di pentas membuatkan warga maya teruja. Tidak kurang yang tertarik penampilan Aafiyah yang manis bertudung.

image is not available

Ujar mereka:

– “Aafiyah memang berbakat semula jadi.”

– “Masya-ALLAH macam ibunya.”

– “Woww menari nampak ibu. Hebat Aafiyah.”

– “Subahanallah comelnye Aafiyah, berbakat seperti ibu.”

– “Wahh bergaya Aafiah di pentas seperti ibu. Like mom like daughter.”

– “On point step tarian Aarifah. Bagus.”

– “Bersemangat macam ibu. Hafal step pun senyum.”

– “Comel Aafiyah bertudung.”

– “Datuk Siti junior, comel macam ibunya. Sudah besar Aafiyah.”

image is not available

Kelahiran Aafiyah pada Mac 2018 dinantikan selama 11 tahun. Si kecil itu lahir selepas lima kali percubaan Siti Nurhaliza melakukan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).

Keletah Aafiyah sentiasa menjadi perhatian warga maya. Baru-baru ini penyanyi lagu ‘Cindai’ itu mendedahkan enggan Aafiyah menjadi penyanyi dan lebih gemar jika anaknya itu memilih menjadi ahli perniagaan apabila dewasa kelak.

Sumber: ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan