Sesekali hendak berbuka di luar kerana keluarga saya juga hendak bertukar selera. Teringin juga hendak berubah angin. Salah satu tempat yang kami sekeluarga akan iftar ialah di Funtasia, Bangi Resort Hotel yang terletak di Bandar Baru Bangi. Lokasi ini dipilih kerana ianya terletak berdekatan dengan rumah kami. Jom tengok apa yang disajikan oleh Funtasia. Berbaloi ke?

Ini adalah pakej harga yang ditawarkan untuk berbuka puasa di sini. Jika berbuka kurang daripada 20 orang, inilah harga yang ditawarkan tetapi jika terdapat lebih daripada 20 orang akan ada lagi penjimatan.
Sebelum itu, ini meja kami yang sudah siap sedia dengan garfu dan sudu beserta air.
Ada juga bahan untuk membuat salad. Rasa cantik pula warnanya dengan kombinasi warna merah, kuning dan hijau.
Berjenis juga lauk pauk yang disediakan.
Selepas makan, jika kita mahukan pemanis mulut boleh ke station ini. Macam-macam ada dari kuih-muih dan kek yang dipotong kecil. Senang nak makan.
Station ini yang paling digemari oleh kanak-kanak tetapi yang dewasa pun tidak melepaskan peluang menikmati gelato. Bagi saya, gelato vanilla ini sedap ditambah pula dengan bahan tambahan lain seperti kacang, coklat dan lain-lain lagi. Gelato matcha yang berwarna hijau itu rasanya agak pahit jadi bukan menjadi kegemaran saya.
Nak mulakan iftar dengan bubur pun silakan. Seharian berpuasa, kita mulakan makanan yang berkuah.
Station buah juga ada. Buah ini boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan kuah rojak.
Burger yang unik ini pun ada. Saya rasa ianya diperbuat daripada arang kerana luaran yang berwarna gelap.
Di bahagian luar pun ada station kueh tiaw dan sate. Kadang-kadang selera bulan puasa ni sentiasa berubah. Teringin sate? Jangan risau di Funtasia, Bangi Resort Hotel ni ada.
Deretan hidangan utama untuk dipilih. Unik juga dihidangkan di dalam kuali.
Sotong masak lemak juga turut dihidangkan. Memang akan menjadi pilihan peminat makanan laut.
Bangi Resort Hotel yang cantik ini terletak di atas bukit dan dikelilingi oleh pokok-pokok. Suasana tenang di sini. Malam tak nampak la segala kehijauan kat sini. Oh ya, surau yang selesa juga disediakan.
Jadi adakah ianya berbaloi dengan harga yang dikenakan?. Bagi saya, harganya agak mahal juga mungkin dengan status hotel bertaraf 5 bintang. Makanan yang disediakan juga banyak pilihan ditambah dengan tempat yang selesa. Saya rasa ianya berbaloi jika sesekali kita ingin belanja keluarga. Tepuk dada tanya selera.

Ezna Khalili adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.



