“Berbaloi Ke..” – Tak Kisah Bayar RM1.3 Juta Untuk Tadika Anak, Ramai Pertikai Tindakan Wanita Ini

Family & Parenting
6 Sep 2022 • 11:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjadi kebiasaan apabila sudah bergelar sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak. Lagi-lagi dari segi pendidikan, kerana mahu melihat anak-anak berjaya.

Oleh kerana itu, ada saja pasangan di luar sana tidak berkira dari segi pembayaran yuran yang mahal, asalkan anak-anak mereka dapat membuktikan pencapaian akademik yang bagus.

Seperti seorang wanita di TikTok ini, videonya menjadi tular di platform tersebut kerana mendaftarkan anak lelakinya ke sekolah tadika antarabangsa.

Rasanya dengan perkataan ‘antarabangsa’ pun kita sudah dapat membayangkan kemudahan infrastruktur di tadika berkenaan sememangnya serba mewah dan yuran pembayaran tahunan yang mahal.

Difahamkan dari video yang dimuat naik, kos yang perlu dibayar oleh wanita itu untuk pendidikan anaknya adalah sebanyak RM1.3 juta, bagaimanapun dia sangat berpuas hati kerana anak dapat belajar dengan selesa.

Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen merasakan tidak berbaloi untuk wanita itu menghabiskan wang sebanyak itu demi menghantar anak ke tadika antarabangsa, sedangkan duit itu boleh disimpan untuk pendidikan anak di masa hadapan.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen yang menyebelahi tindakan wanita terbabit dan berkata, seandainya dia mampu untuk melabur duit sebanyak itu demi kebaikan anak, itu tidak menjadi sebarang masalah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Mereka Sentiasa Dalam Kubah Perlindungan" - Penyihir Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Ibadah