Berbasikal Di Bawah Terik Matahari, Seorang Budak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

28 Apr 2023 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Budak lelaki itu meninggal akibat strok haba dan dehidrasi

Berbasikal Di Bawah Terik Matahari, Seorang Budak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Strok Haba. Dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kota Baru telah meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas berbasikal di bawah terik matahari pada dua hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Menurut ibunya, Wanie Alias, anaknya sihat dan cergas ketika itu tetapi kemudiannya mengalami demam panas – yang berterusan sehingga diserang sawan.

image is not available
Berbasikal Di Bawah Terik Matahari, Seorang Budak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

Berbasikal semasa perayaan

Menurut laporan, Wanie menyatakan anaknya, Muhamad Syamil Aqil, sihat dan cergas sepanjang dua hari pterama Hari Raya Aidilfitri sebelum jatuh sakit.

Anak sulung daripada tiga beradik itu, dikatakan berbasikal semasa Hari Raya tetapi jatuh demam selepas itu dan mula muntah pada hari Isnin.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Hafiz Zam

Wanie memantau keadaan Syamil dengan teliti dan mendapati suhu badan anaknya telah meningkat sehingga antara 37 dan 38 darjah Celcius.

Pada hari raya keempat, selepas solat Subuh, Syamil diserang sawan dan terus dibawa ke Klinik Kesihatan Balai di mana doktor bertugas memberinya oksigen dan cecair.

Namun, nadi budak lelaki itu tiba-tiba berhenti dan tidak sedarkan diri, meskipun usaha telah dibuat oleh doktor untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Organ dalaman berkerut serta cecair dalam badan mengering

Hasil bedah siasat mendapati Syamil meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi menyebabkan organ dalamannya termasuk jantung dan buah pinggang berkerut serta cecair dalam badannya mengering.

Menerima takdir bahawa anak mereka sudah tiada, Wanie turut menasihat ibu bapa lain untuk ambil iktibar apa yang telah berlaku dari kejadian tragis ini.

Beliau menggesa ibu bapa lain untuk memastikan anak-anak mereka kekal cukup minum dan tidak bermain di bawah terik matahari yang panas, terutamanya dengan suhu semasa kini lebih tinggi daripada biasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, juga telah mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan strok haba dan dehidrasi.

Lagi di sini: