Berbeza fahaman politik bukan tiket gelar rakyat sebagai ‘pendatang’ -DAP Melaka

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 5:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

DAP Melaka menegaskan perbezaan fahaman politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melabel mana-mana rakyat Malaysia sebagai ‘pendatang’.

Lahir dan besar di negara ini

Menerusi hantaran Ahli Parlimen Kota Melaka merangkap Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, beliau menyatakan usaha seseorang menjejaki asal usul keluarga bukan bermaksud mereka tidak setia kepada negara, sebaliknya bagi mengenali sejarah keluarga serta menghormati warisan nenek moyang.

Menurutnya, walaupun rakyat Malaysia mempunyai latar belakang keturunan yang berbeza, mereka tetap dilahirkan, dibesarkan dan membina kehidupan di negara ini.

“Walaupun nenek moyang kita berasal dari tempat yang berbeza (tetapi) kita dilahirkan, dibesarkan dan menetap di bumi Malaysia.
“Kita belajar, bekerja, membayar cukai serta bersama-sama membangunkan negara ini,” menurut hantaran itu.

Identiti rakyat Malaysia jelas

Khoo berkata, identiti semua rakyat negara ini tetap jelas sebagai rakyat Malaysia dan hak memilih mana-mana parti politik merupakan hak demokrasi yang perlu dihormati.

Justeru, beliau menyifatkan sebarang kenyataan yang melabel warganegara sebagai ‘pendatang’ hanya kerana tidak menyokong sesebuah parti politik sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“Oleh itu, sebarang kenyataan yang melabelkan mana-mana warganegara sebagai ‘pendatang’ hanya kerana mereka tidak menyokong sesebuah parti politik mesti dikecam dengan tegas.
“Hak untuk memilih dan menyokong mana-mana parti ialah hak demokrasi setiap rakyat. Perbezaan pandangan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersoalkan kedudukan seseorang sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.

Image from: Berbeza fahaman politik bukan tiket gelar rakyat sebagai ‘pendatang’ -DAP Melaka

Malaysia tanah air kita bersama

Beliau turut mengingatkan bahawa Malaysia yang kini menghampiri usia 70 tahun kemerdekaan dibina hasil usaha serta pengorbanan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama. Menurutnya, semangat perpaduan perlu terus dipertahankan tanpa mengira perbezaan politik.

“Kita bukan pendatang. Kita rakyat Malaysia. Malaysia ialah tanah air kita bersama,” tegasnya.

Image from: Berbeza fahaman politik bukan tiket gelar rakyat sebagai ‘pendatang’ -DAP Melaka

Sumber: Facebook Khoo Poay Tiong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved