“Berbudi Bahasa Sikitlah, Kurang Ajar Betul!” – ‘Sound’ Wartawan Secara ‘Live’ Sampai Terkedu, Hattan Dilabel ‘Acah Bagus’

28 Apr 2023 • 6:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebagai rakan arwah vokalis XPDC, Mael, pihak wartawan telah menemubual penyanyi legend, Datuk Hattan untuk mengenang momen-momen bersama allahyarham.

Oleh kerana tidak terlalu tahu beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus menyelar wartawan tersebut biarpun sesi temubual itu dilakukan secara siaran langsung

image is not available

Hattan juga sempat bertanya semula kepada wartawan dengan nada yang tegas agar dia memberi jawapan yang betul serta persoal wartawan itu sama ada buat kajian ataupun tidak.

Bukan saja menyelar, malah belum sempat wartawan tersebut mengucap terima kasih kepadanya, Hattan telah memutuskan talian tersebut dan tindakan dia itu dianggap sebagai kurang ajar oleh netizen.

image is not available

Dalam pada itu, tindakan penyanyi hebat itu menyelar wartawan tersebut secara live dianggap tidak beradab oleh kebanyakkan netizen kerana ia sama seperti Hattan memalukan wanita terbabit dengan sengaja.

image is not available 6 bulan lalu

"Ingat Artis Ni Binatang Ke? Najis Mughallazah Ke?" - Datuk Hattan Tempelak Ustazah 'Viral'

View Original Article