Berbuka Puasa Bersama Menu Setalam Ramadan Di Genting Highland

Food
12 Mar 2023 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hidangan Setalam Ramadan yang pastinya mengumpan pengunjung untuk berbuka di Genting Highland. - Gambar Resort World Genting

Hanya tinggal kurang daripada dua minggu lagi bagi umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan. Pernahkah anda berhasrat untuk berbuka puasa di tempat dingin dengan hidangan yang sederhana serta harga berpatutan? Medan Selera Food Court SKY, Resort World Genting menyediakan sesuatu yang menarik.

Hidangan Setalam Ramadan di Food Court SKY, Genting Highland. - Gambar Resort World Genting

Tempat makan yang berkonsepkan medan selera ini menyediakan sebuah hidangan yang diberi nama Setalam Ramadan. Set ini disediakan untuk dua orang makan  dan penulis berpendapat  ia sangat berbaloi  untuk dinikmati ketika bulan Ramadan.

image is not available
Dengan harga RM59, set ini di datang bersama talam yang menyediakan menu dua jenis masakan ikan sebagai lauk utama. - Gambar Resort World Genting

Dengan harga RM59, set ini di datang bersama talam yang menyediakan menu dua jenis masakan ikan sebagai lauk utama iaitu seekor ikan tilapia sambal dan ikan keli masak cili padi. Kedua-duanya memiliki rasa sensasi pedas yang mantap. 

Turut disediakan bersama air asam dan sambal belacan sebagai penaik selera. Jadi, sesuailah hidangan ini dimakan di persekitaran yang dingin seperti Genting Highland ini!.

Didatangkan juga bersama kerabu daun selom dan ulam-ulaman sebagai sayur dan juga hidangan sampingan. Jadi sudah semestinya menu-menu ini akan dimakan bersama dua set nasi putih dan air teh ais lemon. Wow! Pastinya membangkitkan selera.

Tidak ketinggalan, buah-buahan dan kuih tempatan serta pencuci mulut turut disajikan. - Gambar Resort World Genting

Tidak ketinggalan, buah-buahan dan kuih tempatan serta pencuci mulut seperti Sagu  Gula Melaka disediakan bagi menutupi sesi berbuka puasa anda.

image is not available
Chef Hapizi Hussain - Gambar Resort World Genting

Menurut Chef Hapizi Hussain yang bertanggung jawab dalam menyediakan menu khas bulan Ramadan ini, cetusan idea bagi Setalam Ramadan ini merupakan set makanan berbuka puasa berasaskan masakan tradisional Melayu.

“Setalam Ramadan ini diinspirasikan daripada beberapa negeri yang berteraskan masakan melayu seperti Pahang dan perak. Jadi ini bagi memberi peluang pengunjung untuk merasai masakan tradisional di Genting dengan harga berpatutan,”katanya. 

Oleh itu, penulis berpendapat set ini sangat berbaloi untuk dinikmati dengan harga RM59. Lengkap, puas dan sedap! Itu yang boleh digambarkan oleh penulis yang sudah merasai hidangan tersebut.

image is not available
Medan Selera di Food Court SKY. - Gambar Resort World Genting

Jadi kepada anda yang yang sudah merancang untuk ‘naik’ Genting Highland pada bulan Ramadan seterusnya berbuka puasa disana secara santai, pastikan hadir ke sini untuk menikmati hidangan set Setalam Ramadan. - Getaran, 12 Mac 2023 

Maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang rasmi ini.