‘Bercakap bahasa Inggeris bukan bongkak.’ Fasih loghat British, ramai puji penguasaan English Puteri Balqis

Entertainment
8 Mar 2024 • 12:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DIKENALI sejak kecil, pelakon Puteri Balqis memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak. Lakonan berkesannya bukan calang-calang, kerana pada usia semuda tujuh tahun sudah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-19!

Kini meniti umur 17 tahun, penampilan gadis remaja kini semakin terserlah. Biarpun pernah dihambat kontroversi tidak lama dahulu, anak tunggal Norashikin Mohd Aziz ini terus menyinar.

Dalam perkembangan terbaru Puteri Balqis gembira dengan respon positif netizen yang kagum melihatnya bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan loghat British.

Kebanyakan video ulasan produknya disampaikan dalam bahasa itu hingga ada yang meraih lebih 2.3 juta tontonan.

Namun Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish berkata beliau tidak tahu telah menjadi tular susulan penguasaan bahasanya itu.

“Saya tidak tahu saya viral, Google News pun saya tutup.

“Saya bersyukur kerana sesetengah orang mengatakan bercakap dalam bahasa Inggeris ini bongkak. Ia sebenarnya education yang sangat penting.

“Banyak perkara yang boleh dicapai dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Takkan kita nak pergi ke Sepanyol dan bertutur dalam Bahasa Melayu,” tutur Aqish.

image is not available

 

Ujarnya, kemahiran itu dipelajari berulang kali untuk mencapai tahap yang dimiliki hari ini.

“Memang daripada kecil saya banyak kali belajar topik sama mengenai Bahasa Inggeris.

“Ibu saya mahu saya memiliki pendidikan hingga sanggup membeli buku. Jika ada huruf A, beliau akan menulis huruf A sahaja.

“Beliau akan biarkan saya conteng perkataan Bahasa Inggeris pada dinding. Ia sukar tetapi berbaloi kerana saya boleh belajar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang meminati itu menitipkan rasa syukur kerana persekitarannya yang membantu penguasaan bahasa itu.

image is not available

“Apabila dikelilingi oleh orang yang positif, jika tersalah cakap pun mereka akan bantu perbetulkan.

“Ia sebenarnya bergantung kepada persekitaran, jika orang yang negatif cakap fasih English pun akan dikeji.

“Bagi saya jika persekitaran anda negatif seklipun, bertutur sahaja dalam Bahasa Inggeris. Teruskan sahaja kerana pendidikan itu sangat penting.

Ramai yang berkata Aqish yang memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan meminati Dakota Fanning dan Natalie Portman itu mempunyai masa depan cerah susulan penguasaan Bahasa Inggerisnya.

image is not available

Warga maya juga teruja dengan kebolehan Aqish. Ujar mereka:

– “Akak suka dengar loghat British Aqish. Perfect.”

– “Love this video. I love her British accent.”

– “British slang yang saya suka dengar. Ulang kali aku tengok video hanya nak dengar Aqish cakap.”

– “Macam dengar Disney Channel.”

Sumber: FB Media Hiburan, IG @morosechild

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!