“Bercinta Betul Ke Ni” – Raih Perhatian, Park Bogum Kongsi Banyak Foto Mesra Bersama Suzy

Entertainment
27 May 2024 • 11:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Park Bo-gum bersama Suzy!

Untuk pengetahuan, Park Bo-gum dan Suzy akan terajui filem “Wonderland”, mengisahkan tentang orang yang menggunakan perkhidmatan ‘Wonderland’, yang membolehkan pengguna bersatu semula dengan orang tersayang yang telah meninggal dunia melalui panggilan video.

Menerusi Instagram, Park Bo-gum telah meningkatkan lagi jangkaan penonton untuk melihat keserasiannya bersama Suzy, dengan memuat naik pelbagai foto mesra mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PARK BO GUM (@bogummy)

Antara foto yang mendapat perhatian adalah apabila mereka mengambil swafoto bersama, dengan wajah mereka yang rapat antara satu sama lain. Komen netizen,

  • Kalau orang cakap mereka tengah dating, memang saya percaya.
  • Kami approve pasangan ini!!
  • Wanita pertama yang debut di Instagram Park Bo-gum.

Sementara itu, filem “Wonderland” akan turut dibintangi Tang Wei, Jung Yu-mi dan Choi Woo-shik, serta bakal ditayangkan pada 5 Jun nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.