“Bercinta Untuk Publisiti Je Kan?” – Yoo Jaesuk Perli Lee Kwangsoo & Lee Sunbin?

22 Apr 2024 • 12:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak sah lah kalau Lee Kwang-soo tak kena usik dengan Yoo Jae-suk?

Dalam sedutan klip untuk episod pertama “Whenever There’s A Chance”, hos Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok tidak melepaskan peluang untuk mengusik Lee Kwang-soo yang merupakan tetamu mereka.

Bermula dengan Yoo Jae-suk, dia telah mengungkit mengenai gambar percutian Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin yang tular di serata laman komuniti,

Saya melihat foto awak di Jepun dengan senang hati.

Tanya Lee Kwang-soo,

Kenapa awak bercakap mengenainya?

image is not available

Seloroh Yoo Jae-suk,

Nampak sangat kalau buat publisiti macam tu. Awak buat marketing tu kan?

Balas Lee Kwang-soo bagai menamatkan usikan itu,

Mana ada pemasaran seperti itu, saya hanya ke sana untuk berseronok.

Kesian Lee Kwang-soo asyik kena!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.