Berdarah Iban, Henry Golding Duduki Tangga Ke-9 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Atasi Dwayne Johnson

31 Jan 2023 • 4:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berdasarkan kajian saintifik kuno, Golden Ratio of Beauty Phi

Berdarah Iban, Henry Golding Duduki Tangga Ke-9 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Atasi Dwayne Johnson. Siapa yang tidak mengenali pelakon tampan kelahiran Sarawak yang kini aktif mengorak langkah menampa nama dan populariti di dunia Hollywood ini.

Bukan sahaja terkenal kerana bakat lakonannya yang hebat di kaca TV, pelakon kelahiran Sarawak ini turut dikenali dengan kekacakannya yang digambarkan berwajah Pan Asia.

Berdarah Iban, Henry Golding Duduki Tangga Ke-9 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Atasi Dwayne Johnson. Kredit: News18

Berdarah kacukan Iban-Inggeris, nama Henry Golding mula melonjak naik menerusi watak Nick Young dalam filem sulung lakonannya, Crazy Rich Asian.

Henry Golding tersenarai dalam kelompok 10 lelaki terkacak di dunia berdasarkan satu kajian saintifik kuno, Golden Ratio of Beauty Phi yang digunakan di zaman Greek Kuno.

Kalahkan kekacakan Dwayne Johnson

Markah itu dikumpul menggunakan teknik pemetaan wajah berkomputer oleh doktor bedah kosmetik, Dr Julian De Silva yang mana menggunakan teknologi terkini dalam kerjanya.

“Berada di tempat kesembilan, Golding mendapat markah 87.98 peratus dengan peratusan markah tertinggi adalah bentuk dagu dan jarak antara kedua-dua matanya.

Untuk ujian tersebut, wajah beliau berjaya mendapat skor sebanyak:

image is not available

Dahi – 85%
Kedudukan mata – 89%
Lebar/panjang hidung – 80.2%
Bibir – 90%
Bentuk muka – 85%
Lebar pangkal hidung/bibir – 86.7%
Dagu – 94.2%

“Namun, bentuk hidung dan bentuk wajahnya mencatatkan markah yang tidak terlalu tinggi,” katanya.

Bintang filem Crazy Rich Asians itu berada di hadapan pelakon, Dwayne Johnson yang mencatat markah 86.07 peratus.

image is not available

Tempat pertama dalam senarai itu adalah pelakon Bridgerton, Regé-Jean Page dengan markah 93.65 peratus diikuti Chris Hemsworth (93.53 peratus), Michael B Jordan (93.46 peratus), Harry Styles (92.3 peratus), Jude Bellingham (92.22 peratus), Robert Pattison (92.15 peratus), Chris Evans (91.92 peratus) dan George Clooney (89.91 peratus).

Baca lagi artikel terkini di sini: