Berdebar! Misteri perbalahan dua negara FIFA bakal diketahui, satu dunia tunggu kata akhir CAS hari ini

WorldFootball
24 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Berdebar! Misteri perbalahan dua negara FIFA bakal diketahui, satu dunia tunggu kata akhir CAS hari ini

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menyatakan bahawa ia akan mengumumkan keputusan rayuan Senegal, berhubung penarikan semula gelaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang dimenangi mereka tahun ini.

Senegal mencabar keputusan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) yang mengisytiharkan Maghribi sebagai juara, walaupun Senegal telah menewaskan pasukan tuan rumah itu dengan keputusan 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir di Rabat pada bulan Januari.

Satu kenyataan daripada CAS pada hari Isnin memaklumkan bahawa keputusan CAS dikeluarkan pada hari ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Senegal meninggalkan padang selama 14 minit selepas pengadil menganugerahkan sepakan penalti kepada Maghribi pada lewat permainan; beberapa pemain malah kembali ke bilik persalinan sebagai tanda protes sebelum mereka menyambung semula permainan.

Maghribi gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut, menyebabkan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, di mana Senegal menjaringkan gol kemenangan.

Namun, dua bulan kemudian, gelaran tersebut ditarik balik selepas Lembaga Rayuan CAF memutuskan bahawa Senegal dianggap telah menyerah kalah kerana meninggalkan padang. Keputusan asal dibatalkan dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Maghribi.

Senegal segera mengemukakan rayuan kepada mahkamah tertinggi dalam dunia sukan, iaitu CAS. Rayuan itu difailkan pada 25 Mac, namun perbicaraan hanya berlangsung kira-kira enam bulan kemudian. Asas hujah mereka ialah keputusan pengadil adalah muktamad, dan pengadil telah membenarkan perlawanan tersebut diselesaikan.

Kedua-dua pasukan itu turut bertanding dalam Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2026 pada Jun lalu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved