Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Ini!

26 Aug 2022 • 8:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah bebas terkenal yang juga merupakan aktivis, Ustaz Ebit Lew bakal berdepan dengan 11 tuduhan gangguan seksual dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada tarikh 27 hingga 30 September akan datang.

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan ataupun isyarat yang bermaksud mengaibkan seseorang.

Sekiranya didapati bersalah, Ebit Lew bakal dikenakan hukuman dipenjara selama lima tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali.

Pada 18 Februari yang lalu, Ebit mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah pada 18 Februari yang lalu.

Difahamkan, beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua jaminan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ebit sebelum ini berdepan dengan tuduhan membuat penghantaran gambar serta perkataan lucah menerusi aplikasi WhatsApp.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media