“Berdiam dalam solidariti lebih baik daripada dedah kebodohan” -Sarimah Ibrahim selar Justin Bieber

Music
12 Oct 2023 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sarimah Ibrahim Justin Bieber

Selebriti, Che Puan Sarimah Ibrahim menyelar tindakan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber apabila memuat naik sokongan terhadap Israel, namun menggunakan gambar kemusnahan di Palestin.

Sarimah Ibrahim ‘selar’ Justin Bieber

Sarimah yang juga pengacara terkenal berkata meluahkan pandangan peribadinya dengan menyatakan adalah lebih baik jika Justin Bieber berdiam diri sahaja daripada menunjukkan ‘kebodohan’ sendiri di media sosial.

Jelas Sarimah, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang individu tersebut mahu menyatakan solidariti terhadap mana-mana pihak, namun haruslah menggunakan akal fikiran sebelum berkongsi di media sosial.

“Kadangkala, berdiam dalam solidariti adalah lebih baik berbanding mendedahkan kebodohan secara umum,”ciapnya.

Justin Bieber doa untuk siapa?

Untuk pengetahuan, dalam tangakapan layar Insta Story penyanyi berusia 29 tahun itu telah menggunakan gambar kemusnahan di Palestin, namun mendoakan agar Israel dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam dengan menyatakan dirinya tidak mahu menyokong mana-mana pihak.

image is not available

Tahap ‘benak’, netizen sokong Sarimah Ibrahim

Rata-rata warganet turut sependapat dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Sarimah Ibrahim terhadap tindakan Justin Bieber memuat naik hantaran sedemikian.

 

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: X sarimahi