"Berdosalah pemimpin yang berbohong kepada rakyatnya.." - Prabowo

WorldPolitics
10 Jul 2026 • 4:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Berdosalah pemimpin yang berbohong kepada rakyatnya.." - Prabowo

"Berdosalah pemimpin yang berbohong kepada rakyatnya.." - Prabowo

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan bahawa seorang pemimpin perlu sentiasa mengutamakan kepentingan negara melebihi segala kepentingan lain, lapor Kompas.com

Menurutnya, pemimpin yang berbohong kepada rakyat akan menanggung dosa serta dianggap mengkhianati amanah yang diberikan.

Prabowo berkata demikian ketika melancarkan bahan api baharu B50 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kilometer 57, Cikampek, Karawang, Jawa Barat, pada Khamis.

“Berdosalah kerajaan yang berbohong kepada rakyatnya, berdosalah pemimpin yang berbohong kepada rakyatnya.

"Pemimpin yang tidak setia kepada kepentingan negara melebihi segala kepentingan lain adalah pemimpin yang berkhianat,” katanya.

Pada awal ucapannya, Prabowo menegaskan bahawa bekalan makanan, tenaga dan air merupakan asas penting kepada kelangsungan sesebuah negara.

Tanpa sumber yang mencukupi, sesebuah negara akan sukar untuk berdiri teguh, mengekalkan kedaulatan serta mencapai kesejahteraan dan kemakmuran, katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur selepas Indonesia berjaya mencapai tahap sara diri dalam sektor makanan lebih awal daripada sasaran ditetapkan.

Baca juga:

“Kita sudah mencapai swasembada pangan (sara diri makanan). Daripada sasaran empat tahun, kita berjaya mencapainya dalam tempoh satu tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Prabowo berkata masih terdapat pihak yang memandang rendah kepentingan usaha mencapai sara diri makanan.

Malah, ada golongan yang mempertikaikan pencapaian kerajaan Indonesia dan menuduh kerajaan berbohong kepada rakyat berhubung perkara itu.

Beliau menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak seharusnya berbohong kepada rakyat, sambil menyatakan rasa bangga apabila Indonesia kini turut melangkah ke arah sara diri tenaga menerusi pelancaran bahan api baharu B50.

Menurutnya, pelancaran itu juga menjadi antara usaha untuk menunaikan janji kepada rakyat Indonesia, khususnya dalam memastikan negara tidak lagi bergantung kepada import bahan api dan makanan.

“Hari ini saya bangga berada di sini. Ini adalah hari yang saya nantikan sejak sebelum dilantik sebagai Presiden.

"Kepada pasukan teras dan penasihat saya, saya sentiasa tekankan bahawa kita mesti mencapai sara diri makanan dan tenaga.

"Kita tidak boleh terus mengimport bahan api dan makanan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved