Berebut pelanggan: Lapan pekerja trak penunda ditahan kerana gaduh

2 Oct 2023 • 6:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta di Kampung Malaysia Tambahan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin (gambar) berkata semua suspek yang berumur 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada pukul 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata Pusat Kawalan IPD Cheras menerima makluman mengenai pergaduhan pada pukul 1.37 pagi itu daripada orang awam, dan siasatan awal mendapati ia melibatkan dua kumpulan pekerja trak penunda yang berebut pelanggan.

“Polis sedang mengesan baki suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan terlibat dalam rusuhan,‘’ katanya dalam kenyataan hari ini.

‘’Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,‘’ katanya. -Bernama