Bergambar rapat dengan UAI? Uqasha Senrose bidas kecaman netizen

24 Nov 2023 • 1:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Uqasha Senrose bidas kecaman netizen apabila dikatakan terlalu rapat ketika merakam gambar bersama pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uqasha memuat naik gambarnya bersama UAI dalam satu program ceramah dan menyatakan kesyukurannya kerana dapat berjumpa dengan pendakwah tersebut.

Uqasha Senrose bidas kecaman netizen

Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen menegur pelakon berusia 31 tahun itu supaya menjaga jarak agar tidak terlalu rapat denagan UAI ketika mengambil gambar bersama-sama.

Jaga jarak anda

image is not available

Janganlah rapat sangat

image is not available

Hal ini kerana, netizen mendakwa Uqasha hampir bersentuhan dengan UAI selain pendakwah itu juga kelihatan kurang selesa untuk bergambar.

UAI mengelak tu..

image is not available

Namun begitu, pelakon drama Isteri Halal itu membalas semula komen tersebut dengan menafikan tuduhan bahawa dia hampir bersentuhan dengan UAI.

Saya tahu batas saya…

image is not available

Tolong jangan nak main cakap je

image is not available

Pada masa yang sama, suami kepada Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli juga meninggalkan komen meminta netizen untuk berhenti membuat tuduhan.

“Sabar yang lain. Kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu angle kamera saja. Jangan mudah nak menaip tu ye. Kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu.

image is not available

“Dah la, cukup la korang. Pegi tidur tu, apa pun ustaz terbaik. Insyallah,” kata Kamal.

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang menyokong Uqasha dan berkata sememangnya terdapat jarak antara pelakon dan pendakwah berkenaan.

Ada je jarak

image is not available

Tak pernah guna kamera?

image is not available

Tak perlu timbulkan fitnah!

image is not available

Bagi membidas tuduhan netizen, Uqasha berkongsi satu lagi foto bersama UAI tetapi pada sisi yang berbeza menunjukkan terdapat jarak antara dirinya serta pendakwah tersebut.

Uqasha memuat naik foto tersebut sebagai bukti bagi menghentikan fitnah netizen disamping tidak mahu orang lain terus berkata buruk mengenai dirinya.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose